santapan nurani

Wednesday, April 21, 2010

kita ahli kubur

Assalamualaikum wbt

Nama "Ahli Kubur" ini adalah bukan untuk menakutkan anda semua tentang kubur tetapi adalah untuk menyedarkan kepada anda semua dan juga diri saya sendiri bahawa kita ini adalah akan menjadi 'ahli kubur' itu sendiri.Hal ini adalah kita patut takut tentang mati kerana dengan mengingati mati kita akan rasa betapa kurangnya amalan kita kepada-Nya dan banyakya dosa kita kepada-Nya.Akan tetapi janganlah kerana takut akan mati itu,kita terus mengabaikan hal-hal untuk mentadbir bumi,keluarga,harta,dan diri sendiri kerana kita perlu lah mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi.

Selain daripada itu,saya sebagai pengelola blog ini iaitu "Ahli Kubur"ingin mengajak saudara saudari muslimin muslimat sekalian untuk menyertai aktiviti yang akan di jalankan kelak

antara aktiviti yang akan dijalankan adalah (InsyaAllah) :

1)Memberi kesedaran kepada Ummah ttg ajal yg bakal menjelang dan bersedia dgn amalan yg ada
2)Mengajak sekalian sahabat utk membersihkan tanah-tanah perkuburan di sekitar Malaysia
3)Menziarahi rakan-rakan,sanak saudara dan sesiapa sahaja yg telah meninggal dunia
4)Memperjuang hak-hak tanah perkuburan Islam yang semakin berkurangan
dan pelbagai aktivi-aktiviti yang akan diberitahu kelak dari masa ke masa

oleh yang sedemikian saya menyeru sekalian umat untuk memanggil dan mengumpul seberapa ramai rakan-rakan,sahabat-sahabat,ahli keluarga mahupun kenalan yang baru untuk menyertai kumpulan kami

Assalamualaikum
Allah hu Akbar Allah Maha Besar

No comments:

Post a Comment