santapan nurani

Wednesday, April 21, 2010

KEJADIAN DAN PENGEMBALIAN

Kita telah di cipta,kita telah merasa kehidupan,tetapi adakah kita bersedia dengan kematian???Walau mati itu pasti,adakah kita akan terus mengabaikannya?Jangan lah kita dijadikan antara yang melupakan kematian,walau semua org pasti dan percaya dgn kematian,tetapi terlalu sedikit yang mahu mengambil iktibar akan kematian itu sendiri,lihat lah diri kita,berapa kalikah dalam setahun kita pergi melawat kuburan ahli keluarga sendiri? apatah lagi kubur saudara sesama islam.....sukar sangat kah kita untuka hanya mencabut rumput rumpai yang menjalar diatas perkuburan saudara seislam kita?Atau sukarkah untuk mengambil langkah proaktif mengumpul semua ahli keluarga yang kehilangan untuk bersama2 menjayakan pembersihan kwsn perkuburan? Lihat lah keadaan perkuburan kristian, amat teratur serta kebersihannya amat menakjubkan,mereka tidak mahu membersih,tetapi sanggup membayar agar kebersihan terjamin....org islam yang sepatutnya berkelebihan dari segi kebersihan yang diperakukan oleh bangsa asing juga mempertikaikan tanah perkuburan islam......mengapa ini terjadi?? hanya 1 jawapannya.......kita terlupa atau tidak mahu mengakui,kita juga akan berada disitu 1 hari nanti.............. ahli kubur Rest In Peace.

kita ahli kubur

Assalamualaikum wbt

Nama "Ahli Kubur" ini adalah bukan untuk menakutkan anda semua tentang kubur tetapi adalah untuk menyedarkan kepada anda semua dan juga diri saya sendiri bahawa kita ini adalah akan menjadi 'ahli kubur' itu sendiri.Hal ini adalah kita patut takut tentang mati kerana dengan mengingati mati kita akan rasa betapa kurangnya amalan kita kepada-Nya dan banyakya dosa kita kepada-Nya.Akan tetapi janganlah kerana takut akan mati itu,kita terus mengabaikan hal-hal untuk mentadbir bumi,keluarga,harta,dan diri sendiri kerana kita perlu lah mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi.

Selain daripada itu,saya sebagai pengelola blog ini iaitu "Ahli Kubur"ingin mengajak saudara saudari muslimin muslimat sekalian untuk menyertai aktiviti yang akan di jalankan kelak

antara aktiviti yang akan dijalankan adalah (InsyaAllah) :

1)Memberi kesedaran kepada Ummah ttg ajal yg bakal menjelang dan bersedia dgn amalan yg ada
2)Mengajak sekalian sahabat utk membersihkan tanah-tanah perkuburan di sekitar Malaysia
3)Menziarahi rakan-rakan,sanak saudara dan sesiapa sahaja yg telah meninggal dunia
4)Memperjuang hak-hak tanah perkuburan Islam yang semakin berkurangan
dan pelbagai aktivi-aktiviti yang akan diberitahu kelak dari masa ke masa

oleh yang sedemikian saya menyeru sekalian umat untuk memanggil dan mengumpul seberapa ramai rakan-rakan,sahabat-sahabat,ahli keluarga mahupun kenalan yang baru untuk menyertai kumpulan kami

Assalamualaikum
Allah hu Akbar Allah Maha Besar

Tuesday, April 20, 2010

mati itu pasti

Allah telah berfirman
"Qulu nafsin za ika tul maut"
(setiap yang bernyawa pasti akan mati)

setiap yang awal pasti ada akhirnya
setiap yang hidup pasti ada penghujungnya
tiada benda di alam ini yang akan kekal
melainkan Allah hazawajjala tuhan sekalian alam

jangan terlalu angkuh hidup didunia
kerana kelak ditanah juga kita ditambus
jangan telalu membidangkan dada
kerana kelak dihitung amalan didalam diseksa

Allah hu Akbar Allah Maha Besar