santapan nurani

Wednesday, September 8, 2010

Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W

Sewaktu nabi sedang berehat,datang seorang lelaki Badwi yang bukan muslim berkata kepada Rasulullah S.A.W. "tidak akan aku percaya engkau sebelumditunjukkan kepada ku satu mukjizat mengikut kehendak ku"Rasulullah bertanya "apa yang engkau kehendaki?" dilihatnya sekeliling dan ternampak sepohon kurma kering yang hampir mati di hujung sana,si lelaki berkata "kau suruh pohon kurma yang kering itu mengadap engkau" maka Rasulullah berkata "Pergilah engkau beritahu pokok kurma yang kering itu,katakan kepadanya Muhammad memanggilnya" Arab Badwi itu pun dengan sedikit ketawa melakukan juga perintah yang diarahkan, setelah diberitahu, dengan kehendak Allah S.W.T,pohon kurma itu bergerak2 ke kiri dan ke kanan sehingga tercabut akar2nya dan berjalan mengadap Rasulullah serta terus memberi salam...........menitis lah airmata si lelaki Badwi itu dan terus mengucap dua kalimah syahadah,"cukuplah ya Rasulullah,cukuplah.... tidak sanggup aku melihatnya lagi".Rasulullah pun memerintahkan agar pohon kurma itu kembali ke tempat asalnya.begitulah sebenarnya kehebatan Nabi kita yang mungkin tidak ramai mengetahui cerita ini....

Thursday, September 2, 2010

Pengkhianatan pegangan

Diakhir2 ini,kami di ahli kubur merasai sendiri betapa berubahnya cara dalam penyampaian ilmu agama,apatah lagi dgn berubahnya cara2 solat di masjid2 yg besar,berubahnya cara yang pernah Rasulluhlah ajarkan dgn cara yang diajar malahan telah menjadi Bida'ah,astarafirgrullah............. kami ahli kubur amat geram malah marah yg teramat ketika perkara2 ini seolah2 tidak di peduli oleh kerajaan,malah org yg berilmu juga tidak mengambil tindakan.....yg mengambil tindakan pula mula dipinggirkan,dicerca malah dihalau serta dituduh pembawa ajaran ilmu sesat........sdgkan segala yg di tunjuk dan di perbetulkan itu nyata di dalam nas serta kitab Bukhari dan Muslim mengesahkanya........mengapa kah kita yg dikatakan semakin hebat dgn ilmu pengetahuan ini mula meminggirkan ilmu agama yg telah sekian lama bertapak dan diterajui...apakah yang kita dapat dengan hanya menukar sesuatu yang tidak wujud? Wallahhualammisawab........

Saturday, May 22, 2010

PENGHINAAN AGAMA KU

Di akhir zaman ini,pelbagai tipu helah untuk menyesatkan umat islam telah dilakukan, kepandaian mereka amat lah tinggi,bagi mereka yang kurang berpendidikan agama,mereka menjadi taksub serta menjadi pengikut tanpa menyiasat kebenarannya.Ahli kubur amat hiba melihatkan situasi ini,walaupun sebenatnya ada banyak cara untuk memperlihatkan kebenaran,tetapi cara peniouan itu amat licik,sehinggakan tiada cacat cela jika dilihat dan difikirkan dari mata kasar.Tetyapi sesumgguhnya Penghulu kita telah berpesan,kepada yang masih memerlukan,berbalik lah kamu kepada kitab suci Al-Quran,dan percaya lah hany kepada kitab kedua yang dibenar kan (hadis Bukhari dan Muslim), janganlah kamu memperlihatkan yang lain......Penghulu amat benar dalam kata-katanya,lihat lah pelbagai perkara Bida'ah yang terjadi tetapi tetap dikatakan benar oleh pihak-pihak yang kurang kefahaman didalam agama islam,malahan mereka juga pula tergolong dalam golongan yang diperlukan bantuan,mahir dari beberapa pecahan ilmu tetapi jahil dari makna yang tersurat. Tetapi apabila kita di turunkan musibbah dan memerlukan bantuan mereka,kita terpaksa untuk mencontohi mereka hanya kerana kita memerlukan bantuan dari mereka,cuma.......sebenarnya kita hanya akan diberikan bantuan dari tuhan yang maha esa...cuma kita kurang kesedaran....sedar lah...dan mintalah kepada yang Esa......sesungguhnya...yang Esa pasti akan membantu.....Allah Maha Besar

Saturday, May 1, 2010

Sunnah

dan kitab yang benar selepas wafatnya diriku serta selepas Al-Quran hanyalah hadis Bukhari & Muslim,mengapa org2 kita masih gemar menggunakan hadis yang kurang kesahihannya? Baginda sendiri tekah memperkatakan trntang hal ini,tetapi ramai dikalangan bijak pandai menggunakan hadis yang agak dikhuatiri kesahihannya.Antar contohnya adalah kata2 seperti berikut......maka yang baik itu datangnya dari tuhan yang buruk pula dari kita sendiri.......apa semua ni? bukankah kita diajar dengan qada' dan qadar, baik atau buruk hanyalah dari tuhan mu, dan tiadalah segala yang telah terjadi atau bakal terjadi itu telah diketahui oleh yang esa..... fikir2kan lah ok......salam

Wednesday, April 21, 2010

KEJADIAN DAN PENGEMBALIAN

Kita telah di cipta,kita telah merasa kehidupan,tetapi adakah kita bersedia dengan kematian???Walau mati itu pasti,adakah kita akan terus mengabaikannya?Jangan lah kita dijadikan antara yang melupakan kematian,walau semua org pasti dan percaya dgn kematian,tetapi terlalu sedikit yang mahu mengambil iktibar akan kematian itu sendiri,lihat lah diri kita,berapa kalikah dalam setahun kita pergi melawat kuburan ahli keluarga sendiri? apatah lagi kubur saudara sesama islam.....sukar sangat kah kita untuka hanya mencabut rumput rumpai yang menjalar diatas perkuburan saudara seislam kita?Atau sukarkah untuk mengambil langkah proaktif mengumpul semua ahli keluarga yang kehilangan untuk bersama2 menjayakan pembersihan kwsn perkuburan? Lihat lah keadaan perkuburan kristian, amat teratur serta kebersihannya amat menakjubkan,mereka tidak mahu membersih,tetapi sanggup membayar agar kebersihan terjamin....org islam yang sepatutnya berkelebihan dari segi kebersihan yang diperakukan oleh bangsa asing juga mempertikaikan tanah perkuburan islam......mengapa ini terjadi?? hanya 1 jawapannya.......kita terlupa atau tidak mahu mengakui,kita juga akan berada disitu 1 hari nanti.............. ahli kubur Rest In Peace.

kita ahli kubur

Assalamualaikum wbt

Nama "Ahli Kubur" ini adalah bukan untuk menakutkan anda semua tentang kubur tetapi adalah untuk menyedarkan kepada anda semua dan juga diri saya sendiri bahawa kita ini adalah akan menjadi 'ahli kubur' itu sendiri.Hal ini adalah kita patut takut tentang mati kerana dengan mengingati mati kita akan rasa betapa kurangnya amalan kita kepada-Nya dan banyakya dosa kita kepada-Nya.Akan tetapi janganlah kerana takut akan mati itu,kita terus mengabaikan hal-hal untuk mentadbir bumi,keluarga,harta,dan diri sendiri kerana kita perlu lah mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi.

Selain daripada itu,saya sebagai pengelola blog ini iaitu "Ahli Kubur"ingin mengajak saudara saudari muslimin muslimat sekalian untuk menyertai aktiviti yang akan di jalankan kelak

antara aktiviti yang akan dijalankan adalah (InsyaAllah) :

1)Memberi kesedaran kepada Ummah ttg ajal yg bakal menjelang dan bersedia dgn amalan yg ada
2)Mengajak sekalian sahabat utk membersihkan tanah-tanah perkuburan di sekitar Malaysia
3)Menziarahi rakan-rakan,sanak saudara dan sesiapa sahaja yg telah meninggal dunia
4)Memperjuang hak-hak tanah perkuburan Islam yang semakin berkurangan
dan pelbagai aktivi-aktiviti yang akan diberitahu kelak dari masa ke masa

oleh yang sedemikian saya menyeru sekalian umat untuk memanggil dan mengumpul seberapa ramai rakan-rakan,sahabat-sahabat,ahli keluarga mahupun kenalan yang baru untuk menyertai kumpulan kami

Assalamualaikum
Allah hu Akbar Allah Maha Besar

Tuesday, April 20, 2010

mati itu pasti

Allah telah berfirman
"Qulu nafsin za ika tul maut"
(setiap yang bernyawa pasti akan mati)

setiap yang awal pasti ada akhirnya
setiap yang hidup pasti ada penghujungnya
tiada benda di alam ini yang akan kekal
melainkan Allah hazawajjala tuhan sekalian alam

jangan terlalu angkuh hidup didunia
kerana kelak ditanah juga kita ditambus
jangan telalu membidangkan dada
kerana kelak dihitung amalan didalam diseksa

Allah hu Akbar Allah Maha Besar